Wednesday, June 1, 2011

Apa itu HDR





Apa itu HDR..mesti ramai yg tertanya2 kan.. bagi yang biasa mendengar pula, pasti tertanya-tanya mcm mana nk hasilkan gambar HDR tersebut.. exceli dah lama sy nak belajar buat HDR ni, cuma baru2 ni rasa rajin plak nak belajar pasal benda ni.. hehe.. sy pon tatau sgt pasal HDR ni, ya la sy budak baru belajar. hehe.. sama2 kita berkongsi maklumat serta mempelajar tekni fotografi ini.. ok.. "HDR" membawa maksud High Dynamic Range.. kenapa ia diberi nama sebegitu, ini kerana gambar HDR ini akan memberi lebih detail mengenai kawasan dalam gambar tersebut, seperti pada kawasan yang cerah dan gelap.. mungkin ada gambar yang cerah.. (overexpose) akan menunjukkan detail gambar pada kawasan yang gelap sahaja... bagi gambar yang gelap (underexpose) detail akan lebih ketara pada kawasan yang cerah, di mana apa yang ada pada kawasan yang cerah..

Oleh itu, HDR ini adalah satu proses menggabungkan sekurang-kurangnya 3 keping gambar yang sama, tetapi berlainan exposur,contoh (-2,0,+2) iaitu gambar yang OK, gambar yang overexpose dan under expose.. hasilnye.. detail yang terselindung akan lebih nampak dgn jelas.. Perbezaan gambar HDR yang dihasilkan pula adalah pada cara gabungan gambar tersebut... iaitu tahap exposure pada setiap gambar.. selain itu, proses Tone Mapping gambar juga memberi kesan..

Untuk melakukan proses gabungan ini.. terdapat pelbagai cara.. bagi yang suka cabaran, bolehla menggunakan Adobe Photoshop.. bg yang biase.. seperti saya juge.. saye menggunakan software yang lebih mudah difahami dan mudah untuk melakukan proses gabungan ini. ada juga org menggunakan software Photomattix.. okeh.. setakat ni saja penerangan sy pasal "HDR" ni. maap ler kalu ada silap tang mana2.. kalau siapa2 reti/expert.. leh la kongsi2 maklumat pasal HDR ni...

ok kat sebelah kiri ni ada la ckit gambar HDR yg dah terhasil dengan menggunakan Photomatix pro 3+photoshop.. hehe...




Komposisi

Saya ingin mulakan artikel ini dengan menerangkan mengenai Magic Ratio dalam Turutan Fibonacci. Apakah yang dimaksudkan dengan Magic Ratio atau Turutan Fibonacci ini?

Turutan Fibonacci adalah sejenis set nombor yang diperolehi apabila mengambil kira dua nombor pertama iaitu 0 dan 1 yang kemudiannya ditambahkan menjadi 1. Melalui nombor yang terhasil tadi (iaitu no 1), kemudiannya ditambahkan pula dengan nombor sebelumnya (iaitu 1) lalu menghasilkan nombor 2. Ulangi langkah-langkah terdahulu untuk mendapatkan set nombor seterusnya dengan menambahkan jumlah dua nombor terakhir dalam turutan set seperti berikut : 0,1,1,2,3,5,8,13,21,34,55,89,144.

Magic Ratio
Bangsa purba Greek yakin bahawa jujukan set nombor ini mempunyai nilai kepentingan tertentu. Mereka menghitungnya dengan mengambilkira garisan segmen lalu membahagikannya kepada dua bahagian, yang mana dalam apa jua keadaan pun nilai ratio dari bahagian/segmen yang besar kepada bahagian asal adalah sama dengan ratio segmen terkecil terhadap segmen yang besar. Nilai ratio tersebut adalah 1.618 (dengan mengabaikan beberapa tiik perpuluhan). Sekiranya kita mengambilkira jujukan set nombor dalam Turutan Fibonacci dan membahagikannya nilai nombor terhasil dengan nombor sebelumnya, semakin kita meneruskan jujukan set nombor tersebut, kita akan dapat lihat jawapannya akan menghampiri nilai Magic Ratio tersebut.
  • 2 / 1  = 2
  • 3 / 2 = 1.5
  • 5 / 3 = 1.66
  • 8 / 5 = 1.6
  • 13 / 8 = 1.625
  • 21 / 13 =1.615
  • 34 / 21 =1.619
  • 55 / 34 =1.618
  • 89 / 55 = 1.618
  • 144 / 89 = 1.6179 
Dapatkah anda membayangkannya?

Kenapa kita perlu ambil tahu mengenainya?
Nilai Magic Ratio sering digunakan di kebanyakkan tempat pada zaman purba, termasuklah dalam seni lukis Da Vinci sehinggalah kepada pembentukkan Piramid. Tips pertama adalah; 'Cropped'kan imej potret mengikut nilai magic ratio 1:1.618

Komposisi 'Hotspots'
Sekarang cuba kita ambil kira sebuah bentuk segiempat tepat dan memasukkan aplikasi Magic Ratio yang telah diterangkan tadi. Lukis satu garisan melintang dari satu sudut ke satu sudut yang lain yang bertentangan. Kemudian, lukis pula satu garisan lain dari sudut 45° dari setiap bucu yang tertinggal sehinggalah ia bertembung dengan garisan pertama sebentar tadi. Titik pertembungan garisan-garisan tersebut akan menghasilkan dua titik persilangan yang dipanggil 'Hotspots'.



*Nota: Langkah pertama, hasilkan garisan melintang (garisan hitam) yang melintang menemukan kedua-dua bucu pertama yang bertentangan. Kemudian, hasilkan pula dua garisan bersudut 45° masing-masing melalui baki dua bucu (garisan biru dan garisan hijau) sehingga bertemu dengan garisan pertama tadi. Titik persilangan antara garisan-garisan tadi yang ditandakan dengan kotak merah adalah apa yang dipanggil 'hotspots'.

Aperture

Apa itu Aperture?
Secara ringkas 'Aperture' membawa maksud saiz bukaan 'shutter' pada lens apabila gambar diambil.Apabila anda menekan butang 'shutter release' pada kamera anda, satu bukaan lubang akan terbentuk pada kamera anda dan membolehkan sensor imej pada kamera mendapat sedikit 'glimpse' atau imbasan mengenai keadaan yang ingin dirakamkan. Tetapan aperture yang anda pilih akan menentukan saiz bukaan tersebut. Semakin besar bukaan 'shutter' maka semakin banyak cahaya memasuki lens - semakin kecil bukaan 'shutter' maka semakin kurang jumlah cahaya yang memasuki lens.

Aperture diukur dalam nilai 'f-stops'. Anda sering melihat ia dirujuk sebagai f/number - contoh: f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/22, dsb. Menukarkan nilai f-stop dari satu tetapan ke tetapan yang lain akan menggandakan/mengurangkan saiz bukaan shutter (dan jumlah cahaya yang masuk melalui lens). Harus diingat bahawa menukarkan ketetapan 'shutter speed' juga akan menggandakan/mengurangkan jumlah cahaya yang memasuki kamera - ini bermakna sekiranya anda meninggikan aperture dan mengurangkan shutter speed (atau sebaliknya) maka ia akan membenarkan cahaya masuk ke dalam kamera dalam jumlah yang sama.

Satu perkara yang sering memberikan kekeliruan kepada pengguna DSLR yang baru adalah: Aperture besar (banyak cahaya dibenarkan masuk) diberikan nilai f-stop yang kecil, manakala aperture kecil (kurang cahaya dibenarkan masuk) diberikan nilai f-stop yang besar. Sebagai contoh mudah - Aperture f/1.4 adalah lebih besar berbanding aperture f/22.

Rajah di sebelah menunjukkan perbezaan di antara 'Aperture Besar' (Rajah 1) dan 'Aperture Kecil' (Rajah 2).

Perhatikan 'Aperture Besar' (f-number yang kecil) membenarkan lebih banyak cahaya masuk ke dalam kamera kerana saiz bukaan shutter diafgram adalah lebih besar. Manakala pada 'Aperture Kecil' (f-number besar) anda dapat perhatikan bahawa cahaya tidak mudah memasuki kamera kerana saiz bukaan shutter diafgram adalah lebih kecil.

Depth of Field & Aperture
Anda perlu tahu bahawa terdapat pelbagai hasil yang boleh anda perolehi sekiranya anda mengubah tetapan aperture pada kamera anda - namun yang paling ketara adalah kesan depth of field di dalam gambar yang anda ambil.

Depth of Field (DOF) adalah jumlah pada gambar anda yang tampak berada di dalam keadaan fokus (ketajaman atau seberapa jelas). Large depth of field membawa maksud hampir semua/kebanyakan gambar yang anda ambil adalah berada keadaan fokus tidak kira subjek tersebut berada dekat atau jauh dari kamera anda. Ini boleh dihasilkan dengan menggunakan tetapan aperture kecil (f-number besar) seperti f/22 - di mana foreground dan background subjek akan tampak fokus dan tajam. 

Small depth of field pula membawa maksud hanya sebahagian daripada imej yang anda ambil berada dalam keadaan fokus dan selebihnya menjadi kabur (fuzzy). Ini boleh dihasilkan dengan menggunakan tetapan aperture besar (f-number kecil) seperti f/1.8 - di mana selalunya salah satu foreground/background akan berada dalam keadaan fokus.

Aperture memberikan impak yang besar terhadap depth of field. Aperture besar akan mengurangkan kesan depth of field manakala aperture kecil akan meninggikan kesan depth of field. Ini mungkin akan memberikan sedikit kekeliruan kepada pengguna DSLR yang baru, namun sedikit demi sedikit anda akan memahaminya.

Cara mudah untuk mengingati kesan saiz aperture terhadap Depth of Field - nombor f-kecil (Aperture besar) bermaksud DOF kurang, nombor f-besar (Aperture kecil) bermaksud DOF banyak.

Shutter Speed

Salam, kembali lagi bersama saya dan kali ini saya mahu kongsi info mengenai 'Shutter Speed'. Selain daripada tetapan ISO & Aperture, tetapan Shutter Speed juga memberikan kesan kepada bagaimana caranya untuk mendapatkan dedahan (exposure) yang tepat untuk gambar anda seperti yang disarankan melalui Segitiga Exposure.

Apa itu Shutter Speed?
Definisi ringkas untuk Shutter Speed secaranya amnya merujuk kepada - shutter speed adalah 'jumlah masa yang diambil oleh bukaan shutter'

Dalam fotografi filem pula membawa maksud; seberapa lama masa filem terdedah kepada subjek/objek yang mahu dirakamkan dan begitu juga dengan fotografi digital; seberapa lama masa sensor 'melihat' akan subjek/objek yang mahu dirakamkan.



Berikut adalah penerangan secara ringkas mengenainya:
  • Shutter speed diukur dalam unit saat (s) - dan dalam kebanyakkan masa dalam sebahagian daripada 'sepersaat' masa. Semakin besar nombor dalam sepersaat itu, maka makin cepatlah shutter speed dikatakan (cth 1/125s adalah lebih cepat berbanding 1/30s).
  • Dalam kebanyakan keadaan, kita sering kali menggunakan tetapan shutter speed seperti 1/60s daripada sesaat atau lebih cepat lagi. Ini adalah kerana, sebarang tetapan lurang daripada dinyatakan di atas adalah sukar digunakan kerana sebarang pergerakan kecil oleh kamera ketika shutter terbuka akan menghasilkan kesan kabur atau 'blur' pada gambar.
  • Jika anda mahu menggunakan shutter speed yang perlahan (sebarang tetapan shutter speed yang kurang daripada 1/60s) anda memerlukan penggunaan tripod  atau penggunaan fungsi khas 'image stabilization' (banyak kamera atau lensa pada masa ini mempunyai fungsi yang disebutkan).
  • Shutter speed yang boleh diperolehi oleh kamera anda dengan setiap setting berikut akan meningkat sekali ganda (anggaran) - 1/500s, 1/250s, 1/60s, 1/30s, 1/15s, 1/8s, dsb. Harus diingat bahawa, kesan gandaan kepada aperture juga memberikan kesan jumlah cahaya yang turut dibenarkan masuk ke dalam kamera - jika shutter speed ditingkatkan sebanyak 1 stop dan aperture diturunkan sebanyak 1 stop maka seseorang itu akan memperolehi tahap exposure yang sama.
  • Sesetengah kamera juga memberikan akses kepada shutter speed yang lebih perlahan yang mana ianya bukan sebahagian daripada sepersaat tetapi diukur dalam bentuk saat (contoh: 1 saat, 10 saat, 30 saat, dsb). Ini digunakan dalam keadaan pencahayaan yang kurang apabila anda cuba mendapatkan kesan atau/dan efek pergerakan yang banyak dalam satu-satu rakaman gambar. Sesetengah kamera juga memberikan akses kepada mod 'Bulb' atau mod 'B'. Mod bulb membolehkan shutter dibuka selama mungkin sehinggalah butang shutter dilepaskan.
  • Apabila memikirkan apakah tetapan shutter yang mahu digunakan, fikirkan juga perkara berikut - adakah terdapat pergerakan pada subjek/objek dan bagaimanakah 'pergerakan' tersebut mahu dirakamkan? Jika terdapat keadaan di mana kita perlu memilih untuk sama ada 'memberhentikan' pergerakkan tersebut (seakan-akan terhenti) atau membiarkan pergerakkan tersebut tampak kabur atau 'blur' (memberikan kesan pergerakkan pada subjek/objek). 
  • Jika mahu memberhentikan pergerakkan sesuatu subjek/objek dalam imej yang mahu dirakamkan, shutter speed yang pantas diperlukan. Sekiranya mahu memberikan kesan 'blur' kepada pegerakan tersebut, maka tetapan shutter speed yang lebih perlahan diperlukan. Kecepatan 'shutter speed' yang mahu digunakan adalah bergantung kepada kecepatan pergerakan subjek/objek dalam rakaman anda atau seberapa banyak ia mahu di'blur'kan.
  • Motion kadangkala bukanlah sesuatu yang tidak baik - Sesetengah orang selalu menggunakan shutter speed yang pantas untuk mengelakkan kewujudan blur di dalam gambar yang dirakamkan. Namun begitu, adalah masa dan ketika di mana kesan 'motion' memberikan kebaikan. Sebagai contoh - apabila anda mahu mengambil gambar air terjun dan mahu menunjukan seberapa deras aliran air tersebut, atau apabila mahu menunjukan kesan 'pergerakan' apabila merakamkan sesebuah kereta dalam sesuatu perlumbaan, atau apabila mengambil gambar bintang-bintang dan mahu menunjukan pergerakan bintang yang perlahan dalam satu tempoh masa. Dalam semua keadaan di atas, menggunakan tetapan shutter speed yang perlahan adalah satu-satunya cara yang diperlukan. Namun begitu, harus diingat bahawa pengunaan shutter speed yang perlahan memerlukan kepada penggunaan tripod untuk medapatkan kestabilan (mengelakkan berlaku getaran kepada kamera apabila gambar cuba dirakamkan).
  • Focal Length & Shutter Speed - satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian adalah kepanjangan 'focal length' yang digunakan. Semakin besar nilai focal length maka akan meningkatkan kemungkinan berlakunya pergerakkan kamera dan shutter speed lebih pantas diperlukan (melainkan terdapat sistem Image Stabilization terbina dalam kamera atau lensa). 'Rule' of thumb perlu dipraktikkan apabila menggunakan lensa yang tidak mempunyai Image Stabilization bersama focal length; di mana ianya menyatakan jumlah shutter speed yang diperlukan mestilah melebih daripada panjang 'focal length' yang digunakan. Contohnya; sekiranya anda menggunakan lensa 50mm, maka tetapan shutter speed sebanyak 1/60s diperlukan (sekurang-kurangnya), tetapi jika anda menggunakan lensa dengan focal length seperti 200mm, berkemungkinan anda memerlukan tetapan shutter speed dalam lingkungan 1/250s atau lebih cepat lagi.

Shutter Speed - Gunakan ia bersama-sama

Harus diingat bahawa sekiranya anda mengubah nilai tetapan shutter speed, salah satu daripada nilai tetapan pada aperture atau ISO turut perlu diubah menurut peraturan 'Segitiga Exposure' untuk mendapatkan dedahan exposure yang tepat.

Sebagai contoh - jika anda meningkatkan tetapan shutter speed sebanyak 1 stop (contoh: 1/125s kepada 1/250s) bermakna anda membolehkan hanya separuh cahaya yang memasuki ke dalam kamera. Untuk menyeimbangkan ia, maka anda perlulah menggunakan tetapan aperture lebih tinggi 1 stop (contoh: dari f/16 kepada f/11). Alternatif lain adalah, anda boleh menggunakan tetapan ISO lebih tinggi (contoh: menaikkan rating ISO 100 kepada ISO 400).

Iso

Apa itu ISO?

Dalam istilah Fotografi Lama (menggunakan filem) ISO (atau ASA) merujuk kepada kepekaan filem terhadap cahaya. Ia diukur dengan nombor (anda mungkin pernah melihat filem - 100, 200, 400, 800 dsb). Lebih kecil nilai nombor tersebut, maka kurang tahap kepekaannya kepada cahaya dan semakin halus kesan 'grain' yang akan anda perolehi.

Dalam istilah Fotografi Digital pula ia merujuk kepada kepekaan sensor terhadap cahaya. Prinsip yang sama digunakan seperti fotografi lama; Lebih kecil nilai nombor tersebut, maka kurang tahap kepekaannya kepada cahaya dan semakin halus kesan 'grain' yang akan anda perolehi. Tetapan ISO tinggi selalunya digunakan dalam keadaan kehadiran cahaya yang kurang untuk mendapatkan 'shutter speed' yang cepat (contoh: Anda ingin memberhentikan gerakan seorang pemain futsal yang bermain di dalam gelanggang tertutup yang kekurangan cahaya) - Ianya berhasil namun ianya menyebabkan kehadiran 'Noise' yang nyata pada gambar.

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan di antara penggunaan ISO yang berlainan - Rajah di sebelah kiri menggunakan ketetapan ISO 100, manakala rajah di kanan menggunakan ketetapan ISO 3200.


Tetapan ISO 100 selalunya dianggap sebagai normal, kerana ia memberikan hasil gambar yang tajam dan jelas (kurang 'noise'/butir warna).

Kebanyakan pengguna lebih suka menetapkan ISO kepada 'Auto Mode' di mana kamera akan memilih ISO bersesuaian bergantung kepada keadaan persekitaran untuk mendapatkan ISO bersesuaian (selalunya kamera akan sedaya-upaya mengekalkan tetapan ISO rendah), namun kebanyakkan kamera pada hari ini memberikan option yang lebih dengan membenarkan kita menetapkan sendiri nilai ISO secara manual mengikut pilihan.

Apabila kita melakukan 'override' kepada tetapan ISO di kamera kita secara spesifik, anda akan dapati ianya turut mempengaruhi 'Aperture' dan 'Shutter speed' yang diperlukan untuk mendapat gambar dengan 'exposure' yang tepat. Sebagai contoh - sekiranya anda menaikkan nilai ISO 100 kepada ISO 400, anda akan dapati bahawa anda boleh mengambil gambar dengan 'shutter speed' yang lebih tinggi (lebih cepat) dan/atau menggunakan 'aperture' lebih kecil.

Apabila memilih tetapan ISO secara manual, cuba tanya diri anda sendiri mengenai 4 soalan di bawah:
  1. Cahaya - adakah subjek mendapat cukup cahaya?
  2. Grain - Adakah anda mahukan gambar dengan noise atau tidak?
  3. Tripod - Adakah anda menggunakan tripod?
  4. Pergerakkan - Adakah subjek anda bergerak atau dalam keadaan statik?

Jika anda berfikir bahawa anda : mempunyai cukup dedahan cahaya, mahukan gambar dengan 'noise' yang rendah, menggunakan tripod dan subjek dalam keadaan statik - maka anda seharusnya menggunakan ISO terendah yang dimiliki oleh kamera anda.

Bagaimanapun, sekiranya penataan cahaya tidak baik, mahukan gambar dengan sedikit 'noise' yang tinggi, tidak mempunyai tripod dan/atau subjek anda mempunyai pergerakan - anda seharusnya meninggikan tetapan ISO (mengikut keperluan) agar mendapat dedahan 'exposure' yang mencukupi kerana dengan ISO yang tinggi ia akan membolehkan anda mengambil gambar dengan 'shutter speed' yang lebih pantas.

Namun begitu, anda harus ingat bahawa menggunakan tetapan ISO yang tinggi akan meningkatkan kehadiran 'noise' di dalam gambar anda.

Berikut adalah beberapa situasi yang mana memerlukan anda meningkatkan tetapan ISO kepada nilai yang lebih tinggi:
  • Indoor Sports - Subjek yang bergerak pantas di samping sumber cahaya yang kurang
  • Konsert - Keadaan kekurangan cahaya dan kadangkala larangan penggunaan flash (no flash zone)
  • Galeri Seni, Tempat ibadat - Kebanyakan galeri mempunyai peraturan melarang penggunaan flash dan keadaan kekurangan cahaya
  • Parti Hari Jadi - Meniup lilin dalam bilik yang gelap mampu memberikan mood gambar yang baik dan akan terjejas jika menggunakan flash. Meningkatkan ISO mampu membantu dalam mendapatkan gambar tersebut.
ISO merupakan aspek penting dalam dunia fotografi digital dan memahaminya mampu memberikan anda kawalan yang lebih kepada kamera anda. Cuba lakukan eksperimen dengan tetapan ISO yang berbeza dan lihat bagaimana ia memberikan impak kepada gambar anda.

Bilakah ISO anda dianggap terlalu rendah?
Bagaimanakah anda tahu bahawa ISO anda adalah terlalu rendah? Idea dalam pengunaan ISO adalah dengan menggunakan ISO terendah yang dimiliki oleh kamera anda untuk mendapat kualiti imej yang terbaik, namun menetapkan tetapan ISO yang rendah bermakna shutter speed yang anda perolehi 'berkemungkinan' dianggap terlalu panjang untuk mendapat exposure / dedahan yang tepat.

Sebagai contoh bahawa anda sedang mengambil gambar sukan di mana ianya memerlukan pengunaan shutter speed yang pantas untuk merakamkan aksi tersebut dan anda telah menggunakan aperture terbesar yang tersedia, namun masih mendapat gambar yang kabur. Anda menetapkan ISO kepada ISO 100 untuk mendapatkan kualiti imej terbaik namun shutter speed terpantas yang anda perolehi hanya 1/60s di mana ia dianggap 'kurang pantas'. Dalam keadaan ini, tetapan ISO inilah yang dikatakan 'ISO dianggap terlalu rendah'.

Jika anda menetapkan ISO kepada ISO 200, yang mana masih memberikan anda kualiti imej yang agak baik dan memberikan anda akses kepada shutter speed lebih pantas iaitu 1/125s (sekali ganda lebih pantas daripada shutter speed untuk tetapan ISO 100) dan membolehkan anda untuk 'memberhentikan' aksi tersebut.