Wednesday, June 1, 2011

Komposisi

Saya ingin mulakan artikel ini dengan menerangkan mengenai Magic Ratio dalam Turutan Fibonacci. Apakah yang dimaksudkan dengan Magic Ratio atau Turutan Fibonacci ini?

Turutan Fibonacci adalah sejenis set nombor yang diperolehi apabila mengambil kira dua nombor pertama iaitu 0 dan 1 yang kemudiannya ditambahkan menjadi 1. Melalui nombor yang terhasil tadi (iaitu no 1), kemudiannya ditambahkan pula dengan nombor sebelumnya (iaitu 1) lalu menghasilkan nombor 2. Ulangi langkah-langkah terdahulu untuk mendapatkan set nombor seterusnya dengan menambahkan jumlah dua nombor terakhir dalam turutan set seperti berikut : 0,1,1,2,3,5,8,13,21,34,55,89,144.

Magic Ratio
Bangsa purba Greek yakin bahawa jujukan set nombor ini mempunyai nilai kepentingan tertentu. Mereka menghitungnya dengan mengambilkira garisan segmen lalu membahagikannya kepada dua bahagian, yang mana dalam apa jua keadaan pun nilai ratio dari bahagian/segmen yang besar kepada bahagian asal adalah sama dengan ratio segmen terkecil terhadap segmen yang besar. Nilai ratio tersebut adalah 1.618 (dengan mengabaikan beberapa tiik perpuluhan). Sekiranya kita mengambilkira jujukan set nombor dalam Turutan Fibonacci dan membahagikannya nilai nombor terhasil dengan nombor sebelumnya, semakin kita meneruskan jujukan set nombor tersebut, kita akan dapat lihat jawapannya akan menghampiri nilai Magic Ratio tersebut.
  • 2 / 1  = 2
  • 3 / 2 = 1.5
  • 5 / 3 = 1.66
  • 8 / 5 = 1.6
  • 13 / 8 = 1.625
  • 21 / 13 =1.615
  • 34 / 21 =1.619
  • 55 / 34 =1.618
  • 89 / 55 = 1.618
  • 144 / 89 = 1.6179 
Dapatkah anda membayangkannya?

Kenapa kita perlu ambil tahu mengenainya?
Nilai Magic Ratio sering digunakan di kebanyakkan tempat pada zaman purba, termasuklah dalam seni lukis Da Vinci sehinggalah kepada pembentukkan Piramid. Tips pertama adalah; 'Cropped'kan imej potret mengikut nilai magic ratio 1:1.618

Komposisi 'Hotspots'
Sekarang cuba kita ambil kira sebuah bentuk segiempat tepat dan memasukkan aplikasi Magic Ratio yang telah diterangkan tadi. Lukis satu garisan melintang dari satu sudut ke satu sudut yang lain yang bertentangan. Kemudian, lukis pula satu garisan lain dari sudut 45° dari setiap bucu yang tertinggal sehinggalah ia bertembung dengan garisan pertama sebentar tadi. Titik pertembungan garisan-garisan tersebut akan menghasilkan dua titik persilangan yang dipanggil 'Hotspots'.



*Nota: Langkah pertama, hasilkan garisan melintang (garisan hitam) yang melintang menemukan kedua-dua bucu pertama yang bertentangan. Kemudian, hasilkan pula dua garisan bersudut 45° masing-masing melalui baki dua bucu (garisan biru dan garisan hijau) sehingga bertemu dengan garisan pertama tadi. Titik persilangan antara garisan-garisan tadi yang ditandakan dengan kotak merah adalah apa yang dipanggil 'hotspots'.

No comments:

Post a Comment