Wednesday, June 1, 2011

Segitiga Exposure

Segitiga Exposure merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan perkaitan di antara tiga elemen utama dalam penggunaan kamera digital bagi memperolehi exposure yang tepat.

Tiga elemen tersebut adalah:

  1. ISO - Ukuran kepada tahap kepekaan sensor dalam digital kamera terhadap cahaya
  2. Aperture - Saiz bukaan 'shutter' ketika gambar diambil
  3. Shutter speed - Jumlah masa 'shutter' dibuka 
Ketiga-tiga elemen ini berkaitan dengan cahaya dan saling berkaitan di antara satu dengan yang lain di dalam kamera DSLR.

Sekiranya kita mengubah nilai salah satu elemen, maka ia akan mempengaruhi atau memberi impak kepada nilai elemen yang lain jika mahu mendapatkan 'exposure' yang tepat bagi sesuatu gambar.

3 perumpamaan yang boleh menerangkan kaitan elemen dalam Segitiga Exposure:

Kebanyakan orang cuba menerangkan perkaitan di antara ISO, Aperture dan Shutter speed menggunakan perumpamaan yang berlainan untuk memudahkan kita memahami konsep untuk mendapatkan 'exposure' yang tepat. Harus diingat bahawa - ini hanya sekadar perumpamaan - ia bukan penerangan yang sempurna dan hanya sekadar sebagai tujuan ilustrasi: 

Jendela
Cuba bayangkan kamera kita seperti sebuah jendela dengan 'shutter' yang sentiasa terbuka dan tertutup. Aperture merujuk kepada saiz pintu tersebut. Sekiranya besar maka cahaya boleh menembusinya dan bilik akan menjadi terang.

Shutter speed pula merujuk kepada jumlah masa diambil untuk 'shutter' jendela tersebut terbuka. Semakin lama masa diambil, semakin banyak cahaya yang masuk.

Sekarang, bayangkan anda berada di dalam bilik tersebut dan sedang memakai cermin mata hitam. Mata kita akan merasakan cahaya yang melalui jendela tersebut tidak mencukupi (keadaan seperti menggunakan ISO rendah).

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan jumlah cahaya di dalam bilik tersebut. Anda boleh meningkatkan jumlah masa 'shutter' terbuka (mengurangkan jumlah shutter speed), anda boleh menambahkan saiz jendela (meningkatkan Aperture) atau anda boleh menanggalkan cermin mata hitam yang dipakai (meningkatkan ISO).

Okay - ini bukan perumpamaan yang tepat namun ia boleh memberikan idea kepada anda bagaimana ketiga-tiga elemen ini berinteraksi.  


Rajah 1 : Segitiga Exposure

No comments:

Post a Comment