Wednesday, June 1, 2011

Aperture

Apa itu Aperture?
Secara ringkas 'Aperture' membawa maksud saiz bukaan 'shutter' pada lens apabila gambar diambil.Apabila anda menekan butang 'shutter release' pada kamera anda, satu bukaan lubang akan terbentuk pada kamera anda dan membolehkan sensor imej pada kamera mendapat sedikit 'glimpse' atau imbasan mengenai keadaan yang ingin dirakamkan. Tetapan aperture yang anda pilih akan menentukan saiz bukaan tersebut. Semakin besar bukaan 'shutter' maka semakin banyak cahaya memasuki lens - semakin kecil bukaan 'shutter' maka semakin kurang jumlah cahaya yang memasuki lens.

Aperture diukur dalam nilai 'f-stops'. Anda sering melihat ia dirujuk sebagai f/number - contoh: f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/22, dsb. Menukarkan nilai f-stop dari satu tetapan ke tetapan yang lain akan menggandakan/mengurangkan saiz bukaan shutter (dan jumlah cahaya yang masuk melalui lens). Harus diingat bahawa menukarkan ketetapan 'shutter speed' juga akan menggandakan/mengurangkan jumlah cahaya yang memasuki kamera - ini bermakna sekiranya anda meninggikan aperture dan mengurangkan shutter speed (atau sebaliknya) maka ia akan membenarkan cahaya masuk ke dalam kamera dalam jumlah yang sama.

Satu perkara yang sering memberikan kekeliruan kepada pengguna DSLR yang baru adalah: Aperture besar (banyak cahaya dibenarkan masuk) diberikan nilai f-stop yang kecil, manakala aperture kecil (kurang cahaya dibenarkan masuk) diberikan nilai f-stop yang besar. Sebagai contoh mudah - Aperture f/1.4 adalah lebih besar berbanding aperture f/22.

Rajah di sebelah menunjukkan perbezaan di antara 'Aperture Besar' (Rajah 1) dan 'Aperture Kecil' (Rajah 2).

Perhatikan 'Aperture Besar' (f-number yang kecil) membenarkan lebih banyak cahaya masuk ke dalam kamera kerana saiz bukaan shutter diafgram adalah lebih besar. Manakala pada 'Aperture Kecil' (f-number besar) anda dapat perhatikan bahawa cahaya tidak mudah memasuki kamera kerana saiz bukaan shutter diafgram adalah lebih kecil.

Depth of Field & Aperture
Anda perlu tahu bahawa terdapat pelbagai hasil yang boleh anda perolehi sekiranya anda mengubah tetapan aperture pada kamera anda - namun yang paling ketara adalah kesan depth of field di dalam gambar yang anda ambil.

Depth of Field (DOF) adalah jumlah pada gambar anda yang tampak berada di dalam keadaan fokus (ketajaman atau seberapa jelas). Large depth of field membawa maksud hampir semua/kebanyakan gambar yang anda ambil adalah berada keadaan fokus tidak kira subjek tersebut berada dekat atau jauh dari kamera anda. Ini boleh dihasilkan dengan menggunakan tetapan aperture kecil (f-number besar) seperti f/22 - di mana foreground dan background subjek akan tampak fokus dan tajam. 

Small depth of field pula membawa maksud hanya sebahagian daripada imej yang anda ambil berada dalam keadaan fokus dan selebihnya menjadi kabur (fuzzy). Ini boleh dihasilkan dengan menggunakan tetapan aperture besar (f-number kecil) seperti f/1.8 - di mana selalunya salah satu foreground/background akan berada dalam keadaan fokus.

Aperture memberikan impak yang besar terhadap depth of field. Aperture besar akan mengurangkan kesan depth of field manakala aperture kecil akan meninggikan kesan depth of field. Ini mungkin akan memberikan sedikit kekeliruan kepada pengguna DSLR yang baru, namun sedikit demi sedikit anda akan memahaminya.

Cara mudah untuk mengingati kesan saiz aperture terhadap Depth of Field - nombor f-kecil (Aperture besar) bermaksud DOF kurang, nombor f-besar (Aperture kecil) bermaksud DOF banyak.

No comments:

Post a Comment