Wednesday, June 1, 2011

Shutter Speed

Salam, kembali lagi bersama saya dan kali ini saya mahu kongsi info mengenai 'Shutter Speed'. Selain daripada tetapan ISO & Aperture, tetapan Shutter Speed juga memberikan kesan kepada bagaimana caranya untuk mendapatkan dedahan (exposure) yang tepat untuk gambar anda seperti yang disarankan melalui Segitiga Exposure.

Apa itu Shutter Speed?
Definisi ringkas untuk Shutter Speed secaranya amnya merujuk kepada - shutter speed adalah 'jumlah masa yang diambil oleh bukaan shutter'

Dalam fotografi filem pula membawa maksud; seberapa lama masa filem terdedah kepada subjek/objek yang mahu dirakamkan dan begitu juga dengan fotografi digital; seberapa lama masa sensor 'melihat' akan subjek/objek yang mahu dirakamkan.



Berikut adalah penerangan secara ringkas mengenainya:
  • Shutter speed diukur dalam unit saat (s) - dan dalam kebanyakkan masa dalam sebahagian daripada 'sepersaat' masa. Semakin besar nombor dalam sepersaat itu, maka makin cepatlah shutter speed dikatakan (cth 1/125s adalah lebih cepat berbanding 1/30s).
  • Dalam kebanyakan keadaan, kita sering kali menggunakan tetapan shutter speed seperti 1/60s daripada sesaat atau lebih cepat lagi. Ini adalah kerana, sebarang tetapan lurang daripada dinyatakan di atas adalah sukar digunakan kerana sebarang pergerakan kecil oleh kamera ketika shutter terbuka akan menghasilkan kesan kabur atau 'blur' pada gambar.
  • Jika anda mahu menggunakan shutter speed yang perlahan (sebarang tetapan shutter speed yang kurang daripada 1/60s) anda memerlukan penggunaan tripod  atau penggunaan fungsi khas 'image stabilization' (banyak kamera atau lensa pada masa ini mempunyai fungsi yang disebutkan).
  • Shutter speed yang boleh diperolehi oleh kamera anda dengan setiap setting berikut akan meningkat sekali ganda (anggaran) - 1/500s, 1/250s, 1/60s, 1/30s, 1/15s, 1/8s, dsb. Harus diingat bahawa, kesan gandaan kepada aperture juga memberikan kesan jumlah cahaya yang turut dibenarkan masuk ke dalam kamera - jika shutter speed ditingkatkan sebanyak 1 stop dan aperture diturunkan sebanyak 1 stop maka seseorang itu akan memperolehi tahap exposure yang sama.
  • Sesetengah kamera juga memberikan akses kepada shutter speed yang lebih perlahan yang mana ianya bukan sebahagian daripada sepersaat tetapi diukur dalam bentuk saat (contoh: 1 saat, 10 saat, 30 saat, dsb). Ini digunakan dalam keadaan pencahayaan yang kurang apabila anda cuba mendapatkan kesan atau/dan efek pergerakan yang banyak dalam satu-satu rakaman gambar. Sesetengah kamera juga memberikan akses kepada mod 'Bulb' atau mod 'B'. Mod bulb membolehkan shutter dibuka selama mungkin sehinggalah butang shutter dilepaskan.
  • Apabila memikirkan apakah tetapan shutter yang mahu digunakan, fikirkan juga perkara berikut - adakah terdapat pergerakan pada subjek/objek dan bagaimanakah 'pergerakan' tersebut mahu dirakamkan? Jika terdapat keadaan di mana kita perlu memilih untuk sama ada 'memberhentikan' pergerakkan tersebut (seakan-akan terhenti) atau membiarkan pergerakkan tersebut tampak kabur atau 'blur' (memberikan kesan pergerakkan pada subjek/objek). 
  • Jika mahu memberhentikan pergerakkan sesuatu subjek/objek dalam imej yang mahu dirakamkan, shutter speed yang pantas diperlukan. Sekiranya mahu memberikan kesan 'blur' kepada pegerakan tersebut, maka tetapan shutter speed yang lebih perlahan diperlukan. Kecepatan 'shutter speed' yang mahu digunakan adalah bergantung kepada kecepatan pergerakan subjek/objek dalam rakaman anda atau seberapa banyak ia mahu di'blur'kan.
  • Motion kadangkala bukanlah sesuatu yang tidak baik - Sesetengah orang selalu menggunakan shutter speed yang pantas untuk mengelakkan kewujudan blur di dalam gambar yang dirakamkan. Namun begitu, adalah masa dan ketika di mana kesan 'motion' memberikan kebaikan. Sebagai contoh - apabila anda mahu mengambil gambar air terjun dan mahu menunjukan seberapa deras aliran air tersebut, atau apabila mahu menunjukan kesan 'pergerakan' apabila merakamkan sesebuah kereta dalam sesuatu perlumbaan, atau apabila mengambil gambar bintang-bintang dan mahu menunjukan pergerakan bintang yang perlahan dalam satu tempoh masa. Dalam semua keadaan di atas, menggunakan tetapan shutter speed yang perlahan adalah satu-satunya cara yang diperlukan. Namun begitu, harus diingat bahawa pengunaan shutter speed yang perlahan memerlukan kepada penggunaan tripod untuk medapatkan kestabilan (mengelakkan berlaku getaran kepada kamera apabila gambar cuba dirakamkan).
  • Focal Length & Shutter Speed - satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian adalah kepanjangan 'focal length' yang digunakan. Semakin besar nilai focal length maka akan meningkatkan kemungkinan berlakunya pergerakkan kamera dan shutter speed lebih pantas diperlukan (melainkan terdapat sistem Image Stabilization terbina dalam kamera atau lensa). 'Rule' of thumb perlu dipraktikkan apabila menggunakan lensa yang tidak mempunyai Image Stabilization bersama focal length; di mana ianya menyatakan jumlah shutter speed yang diperlukan mestilah melebih daripada panjang 'focal length' yang digunakan. Contohnya; sekiranya anda menggunakan lensa 50mm, maka tetapan shutter speed sebanyak 1/60s diperlukan (sekurang-kurangnya), tetapi jika anda menggunakan lensa dengan focal length seperti 200mm, berkemungkinan anda memerlukan tetapan shutter speed dalam lingkungan 1/250s atau lebih cepat lagi.

Shutter Speed - Gunakan ia bersama-sama

Harus diingat bahawa sekiranya anda mengubah nilai tetapan shutter speed, salah satu daripada nilai tetapan pada aperture atau ISO turut perlu diubah menurut peraturan 'Segitiga Exposure' untuk mendapatkan dedahan exposure yang tepat.

Sebagai contoh - jika anda meningkatkan tetapan shutter speed sebanyak 1 stop (contoh: 1/125s kepada 1/250s) bermakna anda membolehkan hanya separuh cahaya yang memasuki ke dalam kamera. Untuk menyeimbangkan ia, maka anda perlulah menggunakan tetapan aperture lebih tinggi 1 stop (contoh: dari f/16 kepada f/11). Alternatif lain adalah, anda boleh menggunakan tetapan ISO lebih tinggi (contoh: menaikkan rating ISO 100 kepada ISO 400).

No comments:

Post a Comment